TERMA & SYARAT PERKHIDMATAN PENGIKLANAN, PERKHIDMATAN MENJADI PEMBEKAL DAN JUAL BELI BARANG DI MOHBELI.COM

Selamat datang ke portal Mohbeli.Com.

Sila baca terma dan syarat perkhidmatan pengiklanan dan perkhidmatan menjadi pembekal dan perkhidmatan jual beli barang di portal mohbeli.com dengan teliti sebelum menggunakan portal mohbeli.com atau membeli barangan di portal mohbeli.com atau menjadi pembekal di portal mohbeli.com. Dengan menggunakan perkhidmatan portal mohbeli.com dan dengan bersetuju untuk membeli barangan di portal mohbeli.com dan bersetuju menjadi pembekal di portal mohbeli.com, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat tersebut anda dikehendaki untuk tidak menggunakan produk atas talian serta perkhidmatan mohbeli.com.

MAKLUMAT SYARIKAT

UMP Consultancy & Training Sdn Bhd
Lebuhraya Tun Razak
26300, Gambang
Kuantan Pahang
Tel : +6(09)549 2789
Faks : +6(09)549 3288
Email : [email protected]
Laman Web : www.umph.com.my
SSM :644755

ADUAN

Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Helpdesk Mohbeli, sila hantar semula aduan anda termasuk jawapan dari Helpdesk dan sebab anda tidak bersetuju dengan maklumbalas / tindakan mereka.

Sila hantar aduan anda kepada [email protected]

Sila ambil perhatian bahawa hanya kes-kes yang telah dijawab oleh Helpdesk sahaja akan diterima oleh bahagian aduan kami.

Sila tunggu sehingga 3 hari bekerja untuk mendapat jawapan dari bahagian aduan.

HELPDESK MOHBELI.COM
Tel: 09-424 6464
Email: [email protected]

PENGIKLANAN

Mohbeli menyediakan perkhidmatan pengiklanan berbayar dan percuma. Pengiklan di mohbeli adalah terikat dengan polisi pengiklanan yang ditetapkan oleh mohbeli dan juga mana-mana peraturan atau polisi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Bagi pengiklanan kategori farmasi dan perubatan, pengiklan di mohbeli adalah tertakluk dengan akta yang peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujuk pautan di bawah :

HAK CIPTA

Sekiranya anda dapati bahan-bahan hak cipta anda telah digunakan pada mana-mana portal mohbeli tanpa kebenaran anda, sila e-mel [email protected] Aduan hanya boleh dibuat oleh pemilik hak cipta atau seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.