AGIHAN & SUMBANGAN PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-9 Leave a comment

[Khamis , 28 April 2022] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-9 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Program kali ini adalah khusus bersempena bulan Ramadhan 1443H.
 
Pihak kami telah menerima banyak sumbangan walaupun tempoh pemakluman di buat dalam masa yang singkat. Antara sumbangan yang diterima bersempena program mohinfaq ramadhan ini adalah :
– 22 pax barangan dapur sumbangan orang ramai melalui portal mohbeli.com
– 3 pax barangan dapur serahan terus kepada team mohinfaq
– 23 pax beras 5kg
– Tunai RM200 (serahan RM50 ke 4 keluarga asnaf terpilih)
 
Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada keluarga asnaf sekitar kawasan Penor. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
 
Insyaallah program mohinfaq ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Teruskan menyumbang untuk kesinambungan program ini di masa akan datang.
Moh kita berinfaq. Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq

Leave a Reply

%d bloggers like this: