Mohbeli.com merupakan satu portal e-commerce yang dibangunkan bagi menghubungkan komuniti dengan universiti.
Portal mohbeli 2.0 mula dilancarkan pada bulan Oktober 2019. Projek portal e-commerce mohbeli.com 2.0 adalah inisiatif bersama PTMK, UMPH dan Penerbit UMP.Target utama adalah untuk jualan produk-produk & perkhidmatan dari universiti. Antaranya adalah jualan buku-buku keluaran Penerbit UMP dan produk penyelidikan seperti Pestkilla & Sanitizer keluaran UMP Technology.
Selain jualan produk , pasukan mohbeli juga mewujudkan program Mohinfaq bagi menggalakkan orang ramai di dalam UMP atau di luar UMP untuk membeli dan menyumbang barang-barang keperluan dapur kepada golongan asnaf dan tempat-tempat yang memerlukan.
Bermula dengan teknologi web sepenuhnya untuk perkhidmatan e-commerce , mohbeli.com telah mengorak langkah yang lebih jauh dengan memperkenalkan mobile apps mohbeli. Kini pengguna mohbeli mempunyai pilihan untuk membeli belah secara dalam talian menggunakan aplikasi mobile apps mohbeli.
Menurut En Mohd Suhaimi Bin Hassan selaku ketua pembangun sistem web & mobile mohbeli.com , “Setakat ini, hanya versi android yang dibangunkan. Insyaallah versi untuk Apple IOS akan menyusul tidak lama lagi. Moga aplikasi ini akan memudahkan lagi pengguna untuk membeli belah dan berinfaq di mohbeli.com”
Boleh muat turun aplikasi mohbeli di Google Play https://play.google.com/store/apps/developer?id=Universiti+Malaysia+Pahang