How To Sell

Panduan Jualan Produk Di Portal Mohbeli.Com

1. Pendaftaran
  • Bakal pembekal perlu mendaftar di portal mohbeli.com sebagai vendor. Klik pada pautan di bawah untuk mendaftar sebagai vendor http://mohbeli.com/my-account/
  • Selesai membuat pembayaran, email maklumat pembayaran dan pendaftaran (username) kepada mohbeli@ump.edu.my
  • Admin portal mohbeli akan membuat pengesahan bayaran dan dan sahkan username pembekal sebagai vendor di portal mohbeli.com
  • Setelah username disahkan sebagai vendor di portal mohbeli.com, pembekal boleh mula memuat naik produk di portal mohbeli.com
    Jika memerlukan bantuan , pihak mohbeli ada menyediakan latihan secara percuma kepada pembekal.
2. Pembayaran
  • Yuran perkhidmatan dikenakan untuk menjadi pembekal di portal mohbeli.com. Yuran yang dikenakan adalah RM20 setahun.
  • Pembayaran bagi yuran pembekal boleh menggunakan credit card / debit card atau FPX.
  • Klik pada pautan http://mohbeli.com/how-to-pay/ untuk panduan pembayaran sebagai pembekal
3. Siapa Yang Layak Menjadi Pembekal Di Portal Mohbeli.Com

Servis ini disediakan kepada semua warga UMP, individu dan syarikat yang berdaftar di Malaysia.

4. Jenis Produk Jual Beli Yang Tidak Dibenarkan Di Portal Mohbeli.Com

Mohbeli.com tidak akan meluluskan permohonan yang melibatkan aktiviti seperti di bawah :

  • Pornography & Adult Content
  • Firearms, Ammunition, High Capacity Magazines, Tasers, Air Guns
  • Fireworks or Pyrotechnic Devices or Supplies
  • Unapproved Drugs
  • Gambling Transactions
  • Replica Products
  • Money Laundering
  • Pyramid Scheme Program
  • Terrorism
  • And other activities that against Malaysia government laws
5. Caj Yang Dikenakan & Penetapan Harga Barang Di Portal Mohbeli.Com
  • Mohbeli.com akan mengambil komisen 15% bagi setiap transaksi barangan yang di jual di portal
  • Sekiranya caj komisen 15% terhadap produk anda tidak kompetitif untuk jualan secara online  , sila hubungi pihak kami untuk perbincangan lanjut berkaitan caj komisen.
  • Perlu di ambil maklum , caj tambahan yang dikenakan bagi urusniaga di atas talian adalah GST (6%) dan servis penghantaran.
  • Minimum transaksi jual beli di portal mohbeli.com adalah RM30. Sebagai contoh, jika produk yang dijual berharga RM5, pembeli perlu membuat pembelian minimum 6 unit atau memilih produk-produk lain di portal mohbeli sehingga jumlah terkumpul adalah RM30 atau lebih besar.
6. Penamatan Perkhidmatan Sebagai Pembekal Di Portal Mohbeli.Com
  • Jika selepas tempoh setahun atau kurang dari setahun ; pembekal tidak berminat untuk menjadi vendor di portal mohbeli, sila hantar email kepada mohbeli@ump.edu.my dan maklumkan untuk tidak menyambung servis jual beli produk di portal mohbeli.com.
  • Tiada re-fund yuran perkhidmatan akan di buat untuk servis jual beli produk di portal mohbeli.

 

 

Sebarang pertanyaan berkaitan menjadi pembekal di portal mohbeli.com boleh hubungi Mustafa Kamal Bin Daud H/P : 017-6699855 atau pejabat : 09-424 6457

Klik pada pautan http://mohbeli.com/contact-us/ untuk menghubungi pihak pengurusan mohbeli.com