Privacy Policy

2. PRIVASI & POLISI
PENERIMAAN TERMA

a) Anda mestilah merupakan seorang individu yang berusia lebih daripada 18 tahun yang mampu memasuki suatu perjanjian yang terikat secara sah di bawah undang-undang Malaysia dan menghubungi pihak MOHBELI.COM mengenai maklumat atas mana-mana produk. Anda bersetuju untuk menghubungi kami dengan segera apabila terdapat perubahan atas maklumat peribadi anda atau maklumat bil (nama, alamat, kad kredit dan nombor telefon).

b) Dengan menggunakan Portal MOHBELI.COM, anda dengan jelasnya, menerima dan memberikan persetujuan anda bahawa kami boleh menggunakan dan / atau mendedahkan maklumat mengenai demografi anda dengan cara yang tidak mendedahkan identiti anda bagi tujuan pemasaran, promosi, pembangunan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.

PENDEDAHAN DAN KERAHSIAAN

c) Pihak MOHBELI.COM berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi mengenai anda atau penggunaan Perkhidmatan Portal MOHBELI.COM tanpa kebenaran terdahulu anda dan jika Pihak MOHBELI.COM dengan suci hatinya mempercayai bahawa tindakan itu adalah perlu untuk:
i) mematuhi undang-undang atau mematuhi proses undang-undang;
ii) melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta Pihak MOHBELI.COM atau syarikat induk atau syarikat sekutu;
iii) bertindak untuk melindungi kepentingan ahli atau orang lain;
iv) menguatkuasakan polisi ini.

d) Lain-lain maklumat bukan peribadi atau bahan yang dihantar kepada Pihak MOHBELI.COM oleh anda secara amnya TIDAK akan dianggap sulit.

PAUTAN KE LAMAN PIHAK KETIGA

e) Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa laman web yang dipautkan adalah diperlukan bagi Portal MOHBELI.COM untuk menyediakan produk. Laman Web Yang Dipautkan adalah disediakan kepada anda hanya sebagai kemudahan. Pihak MOHBELI.COM tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana Laman Web Yang Dipautkan tidak berfungsi dengan sewajarnya. Pihak MOHBELI.COM tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang Laman Web Yang Dipautkan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan, iklan, produk dan / atau perkhidmatan oleh mana-mana Laman Web Yang Dipautkan, termasuk tanpa had kepada sebarang pautan yang terkandung di dalam Laman Web Yang Dipautkan, termasuk yang berkaitan dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan tidak menyokong sebarang kandungan, iklan, produk, perkhidmatan dan / atau bahan-bahan lain yang disediakan di Laman Web Yang Dipautkan.
Jika anda membuat keputusan untuk mengakses dan menggunakan mana-mana Laman Web Yang Dipautkan, anda berbuat demikian sepenuhnya di atas risiko anda sendiri.

f) Anda bersetuju bahawa Pihak MOHBELI.COM tidak akan bertanggungjawab atau menanggung secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau yang didakwa yang telah disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, iklan, produk dan / atau perkhidmatan yang disediakan di atas melalui Laman Web Yang Dipautkan. Sebarang pembelian produk atau perkhidmatan daripada pedagang, penjual, vendor atau pembekal (secara kolektif “Pedagang”) dari Laman Web Yang Dipautkan adalah transaksi semata-mata di antara anda dan Pedagang tersebut, dan sebarang persoalan atau pertikaian yang anda ada berhubung dengan mana-mana produk atau perkhidmatan itu mestilah ditangani secara terus dengan Pedagang yang bertanggungjawab. Pihak MOHBELI.COM tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti kepada Pedagang atau hubungan anda dengan Pedagang tersebut.