Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia menuntut masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan sosial. Justeru, usaha bagi menyusun kembali norma individu, keluarga, organisasi dan masyarakat amat penting agar kelangsungan dan keseimbangan hidup boleh diteruskan secara lestari. Buku ini ditulis dengan menggabungkan buah fikiran, kepakaran serta pengalaman penyelidik dan ilmuan pelbagai bidang dalam merungkai setiap permasalahan yang wujud rentetan pandemik COVID-19 agar setiap individu mencapai kesejahteraan kendiri yang holistik. Buku edisi kedua ini merupakan kesinambungan wadah ilmu daripada buku edisi pertama yang menjelaskan kaedah penyelesaian dan penyesuaian dari peringkat individu, keluarga, organisasi dan masyarakat dalam menempuh cabaran COVID-19. Terdapat 12 bab yang menyentuh berkaitan dengan isu-isu semasa meliputi aspek psikologi dan pembangunan manusia, kesihatan mental, kekeluargaan, pendidikan, polisi dan pekerjaan, agama serta komuniti sejagat. Aspek kerohanian yang membantu individu mencapai keseimbangan diri semasa dilanda tekanan turut dikupas di dalam buku ini.
Books
COVID-19 KESEJAHTERAAN HIDUP SEMASA NORMA BAHARU; ISU DAN SOLUSI
Tajuk: COVID-19 Kesejahteraan Hidup Semasa Norma Baharu: Isu dan Solusi
Editor: Abdul Rashid Abdul Aziz, Siti Nubailah Mohd Yusof & Anita Abdul Rani
ISBN: 978-967-2831-33-4
RM53.00
Report AbuseBased on 0 reviews
Be the first to review “COVID-19 KESEJAHTERAAN HIDUP SEMASA NORMA BAHARU; ISU DAN SOLUSI”
You must be logged in to post a review.
Vendor Information
- Store Name: Penerbit UMP
- Vendor: Penerbit UMP
-
Address:
Lebuhraya Tun Razak
Gambang
Kuantan
Pahang
26300 - No ratings found yet!
There are no reviews yet.