KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN MAHASISWA HOLISTIK


ISBN : 9789672226567

Ketua Editor: Muhamad Mat Noor

Muka Surat: 248

Harga : RM45.00

Tahun Terbitan: 2020

RM45.00

Report Abuse

Buku ini disediakan khas buat pihak pengurusan pengajian tinggi, pengurusan pusat kokurikulum, penggubal kursus kokurikulum, tenaga pengajar serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memerlukan panduan cara melaksanakan kursus kokurikulum yang sejajar dengan pelan pembangunan pendidikan tinggi negara serta kemajuan teknologi semasa termasuklah revolusi industri 4.0. Semoga buku ini mampu memberikan gambaran akan kepentingan kursus kokurikulum dalam memperkasakan graduan IPT di Malaysia.

Pembangunan mahasiswa holistik menjadi aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang. Kursus kokurikulum akan melengkapkan dan merealisasikan impian tersebut. Buku ini menyediakan kesemua panduan cara pelaksaaan kursus kokurikulum mencakupi daripada proses awal iaitu pembangunan hasil pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, keperluan tenaga pengajar serta penaksiran dan penilaian.

Perbincangan berkaitan dengan kursus kokurikulum dalam membangunkan kemahiran abad ke-21, pensejajaran kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia serta kokurikulum merentasi sempadan merupakan inti pati yang boleh memperkasakan lagi kursus kokurikulum di semua IPT. Tidak ketinggalan juga, isu-isu kewarganegaraan global dan pengurusan risiko juga dititikberatkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum mematuhi dan memenuhi standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

**KANDUNGAN**

BAB 1: KOKURIKULUM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

BAB 2: DASAR DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

BAB 3: KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KURSUS KOKURIKULUM

BAB 4: TERAS TUMPUAN DALAM KURSUS KOKURIKULUM

BAB 5: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

BAB 6: PENAKSIRAN KURSUS KOKURIKULUM

BAB 7: NILAI SEJAGAT DALAM KURSUS KOKURIKULUM

BAB 8: PENGURUSAN RISIKO AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 9: MASA DEPAN KURSUS KOKURIKULUM

Category:

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN MAHASISWA HOLISTIK”

There are no reviews yet.

Vendor Information

  • Store Name: Penerbit UMP
  • Vendor: Penerbit UMP
  • Address: Lebuhraya Tun Razak
    Gambang
    Kuantan
    Pahang
    26300
  • No ratings found yet!
%d bloggers like this: