MEMIMPIN YANG TERPIMPIN: HIMPUNAN ARTIKEL TERPILIH STRATEGIK KEPIMPINAN KOMPETENSI


Tajuk: Memimpin Yang Terpimpin: Himpunan Artikel Terpilih Strategik Kepimpinan Kompetensi
ISBN: 978-967-2831-30-3
Penyusun: Ismie Roha Mohamed Jais, Mohamad Rozi Hassan, Muhammad Ashraf Fauzi, Haryani Abdullah & Muhammad Tasyrif Ghazali
Tahun: 2021

RM40.00

Report Abuse

Agenda reformasi pendidikan merupakan wadah yang sangat penting dan kompleks kerana melibatkan berbagai komponen dan dimensi yang saling berkaitan satu sama lainnya. Ianya mencakupi konteks dan proses yang terus berkembang dalam industri pendidikan khususnya dalam konteks pembangunan masyarakat dan kemajuan negara. Kita percaya pendidikan adalah cara terbaik untuk mengeluarkan masyarakat daripada krisis kemiskinan. Lebih daripada itu, pendidikan juga boleh menyelamatkan masyarakat daripada kemiskinan ilmu dan harta. Pendidikan ialah masa hadapan. Pendidikan ialah harapan. Pendidikan adalah penentu peradaban sesuatu bangsa dan negara. Tahap pemikiran masyarakat bergantung kepada setakat mana wacana awam digeakkan dan nakhoda penggerak wacana ini tidak lain tidak bukan ialah universiti. Universitilah yang memandu kecerdikan masyarakat, universiti jua yang memainkan peranan untuk mengeluarkan masyarakat daripada kemelut ketidaktahuan dan ketidakpedulian terhadapi ilmu. Kita mahu segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh universiti tidak hanya terperap di bilik kuliah dan perpustakaan sahaja, sebaliknya menerobos segenap sudut masyarakat dan terus berupaya mendidik dan mengubah. Namun apa yang paling penting di sini, kita mahukan semua universiti mampu menterjemahkan makna sebenar “universiti untuk masyarakat” demi memastikan setiap institusi ini dapat berperanan dengan lebih jelas sebagai pemikir penting kepada negara yang kita cintai ini.

SKU: 978-967-2831-30-3 Category:

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “MEMIMPIN YANG TERPIMPIN: HIMPUNAN ARTIKEL TERPILIH STRATEGIK KEPIMPINAN KOMPETENSI”

There are no reviews yet.

Vendor Information

  • Store Name: Penerbit UMP
  • Vendor: Penerbit UMP
  • Address: Lebuhraya Tun Razak
    Gambang
    Kuantan
    Pahang
    26300
  • No ratings found yet!
%d bloggers like this: