Membimbing dan membantu merupakan satu usaha yang sangat murni dan perlu disemai dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan gagasan satu Malaysia. Di Institusi Pengajian Tinggi, khidmat membimbing dan membantu tidak seharusnya dipertanggungjawab pada pihak tertentu sahaja, malah para pelajar juga dapat memainkan dalam membantu dan membimbing rakan siswa. Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan proses membimbing dan membantu lebih berkesan sekiranya, terdapat persamaan dari aspek umur, pengalaman dan persamaan jantina antara pembimbing dengan yang menerima bimbingan. Aspek-aspek persamaan ini amat penting bagi mewujudkan rasa kepercayaan yang tinggi serta membolehkan proses membimbing dapat dilaksanakan dengan efisien. Proses membimbing dan membantu memerlukan kefahaman dan kemahiran yang tinggi bagi membolehkan seseorang itu, memberikan khidmat membimbing dan membantu dengan efisien. Di Institusi Pengajian Tinggi, pelajar yang terlibat dalam proses membimbing dan membantu dikenali sebagai Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Pembimbing Rakan Siswa terdiri daripada pelajar yang telah menjalani latihan membimbing dan membantu rakan siswa secara formal. Latihan ini membolehkan PRS memahami peranan, tanggungjawab dan meningkatkan kemahiran asas dalam proses membimbing dan membantu. Selaras dengan itu, peranan PRS tidak dapat dinafikan kepentingan dalam membantu untuk mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan rakan siswa.
Books
Merekayasa Pembimbing Rakan Siswa Institusi Pengajian Tinggi
Author
MOHAMAD HASHIM BIN OTHMAN
ISBN
978-967-0120-21-8
Pages
162
Year
2012
RM36.00
Report AbuseBased on 0 reviews
Be the first to review “Merekayasa Pembimbing Rakan Siswa Institusi Pengajian Tinggi”
You must be logged in to post a review.
Vendor Information
- Store Name: Penerbit UMP
- Vendor: Penerbit UMP
-
Address:
Lebuhraya Tun Razak
Gambang
Kuantan
Pahang
26300 - No ratings found yet!
There are no reviews yet.