PANDUAN PENGUBATAN BEKAM: HIJAMAH


Tajuk: Panduan Pengubatan Bekam: Hijamah
Penulis: Asar Abdul Karim
ISBN: 978-967-2831-68-6
Muka Surat: 106

RM30.00

Report Abuse

Pengubatan hijamah atau bekam adalah salah satu perkara yang disarankan oleh Islam berdasarkan sunnah Nabi SAW. Bila mana seseoarang itu merasakan dia patut berbekam, sama ada kerana sakit yang dihadapinya, atau sebagai langkah pencegahan untuk penyakit yang mungkin timbul atau mungkin untuk mencergaskan kembali badannya, maka dia bolehlah berbekam tanpa terikat dengan masa yang tertentu. Hijamah adalah kaedah lama yang digunakan untuk mengubati kebanyakan penyakit kerana orang pada masa dahulu tidak mengetahui dengan jelas punca penyakit, manakala kaedah rawatan mereka sangat terhad. Pada era moden, minat terhadap kaedah rawatan atau pengubatan hijamah kian mendapat sambutan di seluruh dunia, terutama setelah mengetahui kesan sampingan berbahaya daripada ubat-ubatan kimia; bahkan ramai doktor moden yang sudah menceburi dalam bidang perubatan alternatif sebegini.

 

Banyak hadith Nabi SAW sahih yang telah menjelaskan faedah berbekam, namun terdapat juga banyak hadith daif/lemah yang dikaitkan dengan bekam. Perkara ini telah dibincangkan dalam buku ini. Walaupun buku ini adalah ringkas, namun ia amat berguna kepada mereka yang ingin mendapat maklumat awal tentang pengubatan hijamah berdasarkan hadith Nabi SAW yang sahih.

SKU: 978-967-2831-68-6 Category:

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “PANDUAN PENGUBATAN BEKAM: HIJAMAH”

There are no reviews yet.

Vendor Information

  • Store Name: Penerbit UMP
  • Vendor: Penerbit UMP
  • Address: Lebuhraya Tun Razak
    Gambang
    Kuantan
    Pahang
    26300
  • No ratings found yet!
%d bloggers like this: