PEMBERSIHAN JIWA DAN LATIHAN SPIRITUAL ISLAM


Tajuk: Pembersihan Jiwa dan Latihan Spiritual Islam
ISBN: 978-967-2831-48-8
Penulis: Mohd Suhardi Mat Jusoh
Tahun: 2022

RM44.00

Report Abuse

Asas pembersihan jiwa terdiri daripada dua bahagian utama iaitu mengosongkan hati dari pelbagai setiap sifat tercela (takhliyah) dan menghiasinya dengan pelbagai sifat terpuji (tahliyah). Tujuannya adalah untuk mewujudkan perangai yang baik (takhalluq) serta sifat-sifat terpuji (tahaqquq) dan hal ini merupakan kemuncak dari usaha penyucian hati yang dilakukan secara konsisten. Oleh itu, sekiranya proses tazkiyah dapat dilaksanakan secara sempurna, maka hasilnya juga akan sempurna iaitu apabila muncul sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang seperti keyakinan, ikhlas, sabar, syukur, takut dan cinta kepada Allah S.W.T. Sebaliknya, jika proses tazkiyah ini gagal dilaksanakan akan muncul pula dalam diri seseorang pelbagai penyakit hati seperti riya’, ujub, terpedaya (ghurur), marah, mengikut jejak syaitan dan sebagainya. Dengan kata lain, keberhasilan proses latihan tazkiyah al-nafs itu dapat dilihat secara nyata dari sudut perlakuan dan perbuatan yang dizahirkan melalui anggota badan sebagai gambaran dari keadaan jiwanya yang bersih atau sebaliknya. Ini bermaksud, sekiranya hati seseorang bersihm maka perbuatan yang terhasil juga adalah baik dan terpuji.  Sebaliknya jika hatinya kotor, maka perbuatan dan tindakannya juga adalah buruk dan tercela. Sehubungan itu, mengetahui ciri-ciri kesucian hati adalah amat penting bagi seseorang kerana setiap tindakan yang dilakukan sama ada kebaikan ataupun kejahatan adalah banyak bergantung kepada pengaruh hatinya. Sungguhpun hati tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi tindakan yang diambil oleh hati seseorang dapat dilihat pada perlakuan dirinya.

SKU: 978-967-2831-48-8 Category:

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “PEMBERSIHAN JIWA DAN LATIHAN SPIRITUAL ISLAM”

There are no reviews yet.

Vendor Information

  • Store Name: Penerbit UMP
  • Vendor: Penerbit UMP
  • Address: Lebuhraya Tun Razak
    Gambang
    Kuantan
    Pahang
    26300
  • No ratings found yet!
%d bloggers like this: