Apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-33 yang bersidang pada 11 Oktober 1993 mengesyorkan agar pihak berkuasa menyediakan peruntukan undang-undang untuk menghukum pengamal-pengamal yang sabit melakukan sihir, banyak persoalan yang sukar untuk dijawab khususnya aspek keterangan dan pembuktian. Ironinya, kes-kes berkaitan jenayah sihir semakin banyak sama ada yang dilaporkan atau yang didiamkan sahaja.
Setelah hampir 20 tahun, akhirnya ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji perkara ini pada tahun 2012. Dengan bantuan dana penyelidikan daripada KPT dan sokongan JAKIM, maka pasukan ini telah menghasilkan satu panduan khusus bagi memastikan mana-mana individu yang terlibat dengan ilmu dan amalan sihir dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Buku ini meringkaskan hasil penemuan dari sudut sejarah perundangan, prosedur-prosedur penting dalam proses penyiasatan, tangkapan, geledahan, sitaan dan pembuktian jenayah sihir. Buku ini turut mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam bidang amalan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia.
There are no reviews yet.