PROSEDUR OPERASI STANDARD SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN WABAK COVID-19 UNTUK PELAKSANAAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT


Editor: Mohd Shafry Mohd Rahim, Norkhairani Abdul Rawi, Fadzilah Amzah, Abdul Manan Ismail, Intan Zaurah Mat Darus & Muhamad Mat Noor
ISBN: 978-967-2226-96-3
Harga: RM20.00
Tahun: 2021

RM20.00

Report Abuse

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mengubah landskap kehidupan Manusia secara berkekalan. Buku ini disediakan khas buat pihak pengurusan pengajian tinggi, pengurusan pusat kokurikulum, penggubal kursus kokurikulum, tenaga pengajar serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memerlukan panduan cara melaksanakan kursus kokurikulum semasa dan pasca pandemik COVID-19. Risiko jangkitan yang menggerunkanmenyebabkan banyak sekatan mula diperkenalkan. Aktiviti harian dalam kehidupan mulai berubah kaedah dan pelaksanaan dalam usaha membendung penularan dan jangkitan. Turut terkesan dengan perubahan ini adalah kegiatan kokurikulum di semua peringkat. Kursus kokurikulum berkredit adalah kursus wajib bagi semua pelajar dalam ketegori U4 matapelajaran umum universiti (MPU). Umum mengetahui bahawa pelaksanaan kokurikulum adalah bersemuka dan tidak mengambil kira penjarakan fizikal. Pandemik yang melanda telah merencatkan pelaksanaan kursus kokurikulum mengikut kaedah sebelum pandemik COVID-19. Namun begitu, kursus kokurikulum tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan agenda pembangunan mahasiswa holistik dapat dicapai dan direalisasikan serta memenuhi keperluan pengijazahan pelajar.

Justeru, keperluan yang mendesak terhadap garis panduan yang dapat membantu kelangsungan aktiviti kokurikulum menjadi titik tolak penghasilan buku panduan ini. Ia menyediakan panduan lengkap kepada semua pihak terlibat bagaimana melaksanakan aktiviti kokurikulum dalam norma baharu. Buku ini menerangkan prosedur pelaksanaan kelas serta aktiviti-aktiviti bersama komuniti yang menjadi kelaziman dalam kursus kokurikulum. Panduan yang disediakan juga mencakupi pengubahsuaian aktiviti dalam badan beruniform yang sangat sinonim dengan aktiviti fizikal dan lasak. Adalah diharapkan buku ini dapat memberikan idea dan ilham kepada semua pihak berkepentingan merencana pelaksanaan kursus kokurikulum dengan lebih kreatif seiring dengan perkembangan semasa pandemik COVID-19.

SKU: 978-967-2226-96-3 Category:

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “PROSEDUR OPERASI STANDARD SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN WABAK COVID-19 UNTUK PELAKSANAAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT”

There are no reviews yet.

Vendor Information

  • Store Name: Penerbit UMP
  • Vendor: Penerbit UMP
  • Address: Lebuhraya Tun Razak
    Gambang
    Kuantan
    Pahang
    26300
  • No ratings found yet!
%d bloggers like this: