Buku ini mengandungi pelbagai tajuk tazkirah yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan umat Islam. Ia juga mengupas persoalan semasa yang sering dikaitkan dengan agama Islam. Di dalam buku ini terdapat pelbagai topik tazkirah tertentu yang bersifat semasa yang pernah disampaikan di pelbagai platform secara online dan juga offline. Setiap isi yang dikupas berpandukan nas sama ada dari al-Quran mahupun al-Hadis dan dihuraikan menurut pandangan penulis. Tazkirah merupakan satu aktiviti yang sangat penting dipraktikkan di mana-mana sahaja, dalam apa jua munasabah kerana ia mampu mengingatkan yang lupa dan mampu membibitkan kesedaran dan menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah.
**KANDUNGAN**
1. Islam Agama Damai
2. Muhasabah Diri
3. Kejayaan Hakiki
4. Tip Mengeratkan Persahabatan
5. Bekerja Satu Ibadah
6. Bersukan Menjana Muslim Berkualiti
7. Bakti Kepada Ibu bapa
8. Ingat Mati Melembutkan Jiwa
9. Iman Meningkatkan Prestasi Kerja
10. Valentine’s Day dan April Fool Menggugat Jati diri Ummah
11. Nilai Masa Dalam Kehidupan Muslim
12. Melancong Menenangkan Jiwa
13. Membangun Potensi Insan Cara Nabi Muhammad SAW
14. Memuliakan Bulan Syaaban
15. Berpuasa Menjana Kemahiran Insaniah
16. Hakikat Kemerdekaan
17. Kajian Saintifik Buktikan Sembelihan Cara Islam Terbaik
18. Amar Makruf Nahi Mungkar
19. Aqidah Mantap Membentuk Muslim Sejati
20. Peranan Motivasi Dalam Pembangunan Sahsiah Pelajar
21. Tazkirah Buat Para Ustaz
22. Rasulullah SAW Pemimpin Agung
23. Al-Quran Mukjizat Sepanjang Zaman
24. Pengajaran Dari Kisah Nabi Musa AS Dan Nabi Khidir AS
25. Melihat Qiamat Dari Jendela Al-Quran
There are no reviews yet.