[Jumaat , 20 Januari 2023] Alhamdulillah selesai sudah program mohinfaq kali ke-10 yang telah dilaksanakan bersama NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Program kali ini adalah agihan untuk sumbangan terkumpul dari para penyumbang melalui portal mohbeli.com bermula Mei 2022 hingga Jan 2023. Sebanyak 10 pax barangan dapur telah diagihkan kepada 10 keluarga asnaf.
Sasaran sumbangan kali ini adalah kepada keluarga asnaf sekitar kawasan Kuala Penor. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Moga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah program mohinfaq ini akan diteruskan di masa-masa akan datang. Teruskan menyumbang untuk kesinambungan program ini di masa akan datang.
Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq