[Cherok Paloh , Mei 2020] Program Mohinfaq kali ke-5 bagi sumbangan bulan Februari & Mac 2020 (1 Feb hingga 6 Mac) telah selesai dilaksanakan pada 26 Mac 2020. Terima kasih kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada team kami untuk sampaikan kpd mereka yg memerlukan. Moga Allah membalas kepada para penyumbang dengan sebaik-baik balasan.
Disebabkan wabak penyakit COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang, agihan kali ini tidak melibatkan team Mohbeli.com tetapi dibuat oleh rakan kerjasama Mohbeli.com iaitu NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Sumbangan di buat di lokasi Cerok Paloh oleh 2 org sukarelawan NGO tersebut mengikut prosedur keselamatan yang disarankan.
Sebanyak 8 pax sumbangan barang dapur untuk 8 keluarga berjaya dikumpulkan bagi bulan Februari & Mac 2020 (collection dari 1 Feb hingga 6 Mac) . Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan bagi aktiviti Mohinfaq bulan Mac & April 2020, boleh di buat terus secara online di pautan di bawah :
Seperti kata En Razak ; NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang , kita yang makan gaji sedikit terjejas dengan situasi ini. Bagi yang bekerja sendiri seperti di Pasar Malam dan yg bekerja kampung terus tiada mata pencarian.
Kami kongsikan rakaman video yg di buat oleh team NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang ketika serahan sumbangan tadi.
Jom kita pakat bantu apa yg mampu untuk meringankan beban mereka. Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq
.
“STAY AT HOME ; INFAQ ONLINE ; WE DELIVER IT FOR YOU”
War2 dan share kpd semua