PROGRAM MOHINFAQ KALI KE-6 Leave a comment

[Penor , Mei 2020] Program Mohinfaq kali ke-6 bagi sumbangan bulan Mac & April 2020 (27 Mac hingga 30 April) telah selesai dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Mei 2020. Terima kasih kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada team kami untuk sampaikan kpd mereka yg memerlukan. Moga Allah membalas kepada para penyumbang dengan sebaik-baik balasan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Disebabkan wabak penyakit COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang, agihan kali ini tidak melibatkan team Mohbeli.com tetapi dibuat oleh rakan kerjasama Mohbeli.com iaitu NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang. Sumbangan di buat di lokasi Cerok Paloh oleh 2 org sukarelawan NGO tersebut mengikut prosedur keselamatan yang disarankan.
Sebanyak 23 pax sumbangan barang dapur untuk 23 keluarga berjaya dikumpulkan bagi bulan Mac & April 2020 (sumbangan dari 7 Mac hingga 30 April di portal mohbeli.com) . Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan bagi aktiviti Mohinfaq bulan Mei & Jun 2020, boleh di buat terus secara online di pautan di bawah :
Kami kongsikan rakaman gambar & video yg di buat oleh team NGO Kelab Kebajikan & Sosial Pahang ketika serahan sumbangan.

Jom kita pakat bantu apa yg mampu untuk meringankan beban mereka. Sumbangan barangan dapur untuk asnaf boleh di buat terus pada link http://bit.ly/mohinfaq

Leave a Reply

%d bloggers like this: