Pengenalan Biodata Asnaf
- En Wahab Bin Jusoh ini adalah salah seorang keluarga yang menerima sumbangan barangan dapur bagi program Mohinfaq. Berumur 63 tahun dan mempunyai 5 orang tanggungan di bawahnya (isteri dan anak-anak). Beliau menghidap penyakit angin ahmar dan tidak mampu bekerja.
Kemahiran / Perniagaan / Produk
- Setakat ini isteri beliau dan anak-anak yang banyak membantu menyara keluarga ini. Isteri En Wahab menyara keluarga dengan menjual sayur-sayuran yang diambil dari pemilik kebun sayur di Bentan dan dijual di sekitar Kuala Pahang dengan mengayuh basikal.
Bantuan
- Menerima bantuan Kebajikan Masyarakat setiap bulan
Sumbangan Program Mohinfaq
- Menerima sumbangan barang dapur program mohinfaq bermula bulan Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019
Hasrat
- Antara hasrat keluarga ini adalah untuk memiliki motosikal bagi memudahkan pergerakan untuk mengambil dan menjual sayur-sayuran.
Komentar Mohbeli
- Kami bercadang untuk membantu keluarga ini dari segi promosi jualan sayur-sayuran di mohbeli secara online.
- Jika di buat jualan sayur secara online, ada yang berminat untuk membeli ? SIla tinggalkan cadangan dan komen anda di bawah